HAK SUAMI DISEKAT, LELAKI TAK PUAS
HAK SUAMI DISEKAT, LELAKI TAK PUAS
Amat menamatkan usia bujangnya pada umur 35 tahun. Beliau berumah tangga dengan Asna yang berusia 31 tahun ketika itu. Amat mengenali Asna melalui ibunya. Sebelum Asna diperkenalkan kepada Amat, ibu Amat dan
Asna bertemu pada tiap-tiap minggu kerana mereka berdua menghadhiri majlis taklim bersama disalah sebuah masjid diSingapura. Ibu Amat telah lama berhasrat untuk menjadikan Asna menantunya dan permintaannya diqabulkan Allah s.w.t.
Setelah diijabkabulkan, Amat dan Asna tinggal bersama ibu Asna selama setahun. Asna adalah anak bongsu dan ibunya tidak mengizinkannya pindah dari rumah ibunya walaupun Asna sudah berumah tangga. Tiap kali Amat mengajak isterinya pindah untuk berdikari, Asna tidak setuju kerana beliau mendapat tantangan daripada ibunya.
Oleh kerana Amat mendapati bahwa Asna lebih sayangkan ibunya daripada Amat, sehingga hak-hak Amat sebagai seorang suami terjejas, maka Amat membuat keputusan untuk menceraikan Asna.
Mengimbas kembali, Amat kesal kerana bertukar fikiran. Sebelum dikenalkan pada Asna, Amat memang sudah lama membuat keputusan untuk tidak berumah tangga. Dan beliau tidak berusaha untuk mencari pasangan hidup. Oleh kerana Asna adalah pilihan ibunya, beliau setuju untuk menjadikan Asna isterinya. Tetapi ibu mertuanya terlalu sayangkan Asna sehingga Amat dapat merasakan bahwa ‘kebebasannya’ terhad. Dan impiannya untuk hidup sebagai pasangan yang berbahagia tidak mungkin tercapai jika ibu Asna tetap dengan pendiriannya. Dengan ini Amat tidak dapat menahan perasaannya.
Setelah mendafatarkan permohonannya untuk bercerai, kesnya di tetapkan untuk di bicarakan. Pada hari perbicaraan, Yang Arif, Tuan Presiden Mahkamah Syariah memulakan perbicaraan dengan bertanya:
Presiden: Encik Amat, awak sedia melafazkan talak terhadap isteri awak?
Amat: Sedia, tuan hakim.
Presiden: Ikut saya.
Amat: Baik, tuan hakim.
Presiden: Saya, Amat ceraikan isteri saya, Asna dengan talak satu.
Amat: Saya, Amat ceraikan isteri saya, Asna dengan talak 3.
Presiden: Saya cakap talak 1, kenapa awak sebut 3.
Amat: Itu hak saya tuan hakim.
Presiden: Contempt of court! Awak mencemarkan mahkamah.
Pegawai polis, bawa dia!
Lalu pegawai polis yang bertugas membawa Amat ke lokap di mahkamah Syariah.
Amat dibebaskan pada jam 5 petang pada hari itu. Selepas dibebaskan daripada lokap, Amat terus menemui peguamnya.
Amat: Mengapa saya dimasukkan lokap?
Peguam: Awak didapati tidak mematuhi perintah mahkamah supaya menceraikan isteri awak dengan talak 1 bukan 2 atau
3. Walaupun talak itu ditangan suami dan adalah hak awak untuk menceraikan isteri awak dengan talak 1, 2 atau 3, biasanya, mahkamah tidak menggalakkan seseorang suami menjatuhkan talak 3 sekali gus, kerana mahkamah dapati ada beberapa kes dimana seseorang suami setelah menjatuhkan talak 3 keatas isterinya, mohon untuk menarik balik kata-kata beliau. Ini boleh menimbulkan kekeliruan(complications) dan boleh menyusahkan banyak pihak yang berkenaan.
Amat: Ah!
Amat adalah seorang LELAKI TAK PUAS dalam kes ini. Beliau tidak puas kerana disekat untuk melafazkan 3 talak sekali gus keatas isterinya. Amat percaya ini adalah hak beliau dan tidak ada sesiapa yang boleh melarang.
5 Comments
Ini tak boleh jadi…macam kena veto pulak.
DIANTARA RAMAI MANUSIA2 YANG AKAN MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH DI YAUMIL MAHSHAR ADALAH 7 GOLONGAN; DIANTARA NYA ADALAH MEREKA YANG BERKAWIN KERANA ALLAH DAN BERPISAH KERANA ALLAH. DAN KALAU MEREKA BERPISAH TIDAK LAH MEREKA MEMBENCI DAN BERDENDAM MELAINKAN REDHA DENGEN KETENTUAN ALLAH , IA ITU HUKUM HAKAM NYA. JADI HAK YANG DI BERIKAN BUKANLAH UNTOK DI LAKUKAN SAWENANG2 NYA SAPERTI KASI SI ISTERI FULL TALAK KERANA ALLAH YANG LEBIH MENGETAHUI SIFAT MANUSIA. JADI ADALAH LEBIH BAIK SAKIRANYA BELIAU BERSABAR DAN MENJATOH KAN TALAK SATU PERSATU, DAN BUKAN SATU KALI GOS. ITU LAH KEADAAN ORANG YANG RIDHA PADA RAHMAT ALLAH.
Salam Ustadz, tahniah atas usaha murni Ustadz. Semoga semua pembaca mendapat manfaat dari blog ini. Saya berdoa khusus buat pembaca dari ‘Thomson Road’ dan ‘Braddell’ dapat melakukan sesuatu tentang ‘kekejaman’ dan ‘kezaliman’ yang bermaharajalela di kedua tempat yang tersebut. Kasihan pada para suami suami yang tidak puas. Tetapi apa boleh buat, HUKUM ALLAH di GADAI dengan harta dunia. Semoga Allah Swt. memberi SEMUA TAUFIQ & HIDAYA. Once again Ustadz, may your comments help ‘THOSE IN NEED OF HELP SEBELUM ALLAH MURKA TERHADAP MEREKA’ ALLAHUAKBAR!!!!!
WITH RESPECT TO THE COMMENTS MADE BY MOHAMED JAMALLUDIN (WE BOTH HV THE SAME 1ST NAME) ON 18/7/09,I HAVE TO SAY THAT WORDS SUCH AS KEKEJAMAN DAN KEZALIMAN ARE CLEARLY OVERSTATEMENTS.I BELIEVE THOSE AT MUIS AND SYARIAH COURT ARE ALL DOING THEIR JOB AND AMLA IS SOMETHING THEY HAVE TO COMPLY WITH. THERE IS A SAYING DI MANA BUMI DI PIJAK, DI SITU LANGIT DI JUNJUNG. MEREKA TIDAK MENGADAIKAN HUKUM ALLAH.DONT MAKE SUCH REMARKS PLS.I HAVE TO SAY THAT BOTH THE CURRENT SENIOR PRESIDENT (HJ MOHAMED RAIS) AND PRESIDENT (DJ ZAINOL) MAKE SOUND AND FAIR DECISIONS.HOWEVER, THOSE UNHAPPY WITH THE JUDGES DECISION, THEN THEY HAVE THE FINAL AVENUE AND THAT IS APPEAL BOARD.I HAVE READ GD WRITTEN BY PRESIDENT ZAINOL ABIDEEN, JUST SEE HOW WELL HE (PRESIDENT ZAINOL) JUSTIFIES HIS REASONS FOR HIS DECISIONS.SO PLS, DOAKAN MEREKA KUAT UNTUK MENJALANKAN T/JAWAB MRK AS JUDGES DAN SEMOGA KEPUTUSAN MRK MENDAPAT KEREDAAN DR ALLAH Swt. AMEEN.
MOHAMED JAMALLUDIN / Salam Ustadz, tahniah atas usaha murni Ustadz. Semoga semua peabcma mendapat manfaat dari blog ini. Saya berdoa khusus buat peabcma dari Thomson Road’ dan Braddell’ dapat melakukan sesuatu tentang kekejaman’ dan kezaliman’ yang bermaharajalela di kedua tempat yang tersebut. Kasihan pada para suami suami yang tidak puas. Tetapi apa boleh buat, HUKUM ALLAH di GADAI dengan harta dunia. Semoga Allah Swt. memberi SEMUA TAUFIQ & HIDAYA. Once again Ustadz, may your comments help THOSE IN NEED OF HELP SEBELUM ALLAH MURKA TERHADAP MEREKA’ ALLAHUAKBAR!!!!!