Ustazah bertanya Hukum Suami Dihalau Isteri

Apr 29

Pada satu malam, saya telah diundang oleh seorang ustazah yang terkenal di rantau ini kerumahnya sebab beliau ingin bertanya berkenaan hak seorang suami yang telah diusir oleh isterinya dari rumahnya.

Ustazah itu ingin tahu hak seorang suami yang

telah di usir isterinya daripada rumahnya dan ‘mencampakkan’ semua pakaian suaminya diluar rumahnya.

Setelah mengusir dan mencampakkan pakaian suaminya diluar rumahnya, isteri itu pergi ke Mahkamah Syariah Singapura dan memohon cerai.

Di Mahkamah, isteri menuntut nafkah iddah dan muta’ah(sagu hati cerai) daripda suami.

Ustazah itu bingung kerana isteri ini menderhaka pada suaminya, menuntut cerai, dan menuntut supaya suaminya membayar nafkah iddah dan muta’ah sebanyak $3/- sehari. Mediator(perantara) mahkamah bertanya kepada suami itu sama ada beliau mampu membayar nafkah iddah yang dituntut oleh isteri dan muta’ah sebanyak $3/- sehari.

Ustazah itu bertanya kepada saya, undang-undang apakah yang digunakan oleh Mahkamah Syariah, dinegara kita ini. Sebab mengikut undang-undang Syariah, isteri ini tidak sepatutnya menerima mut’ah (sagu hati cerai). Dia seharusnya menebus talaknya kerana beliau sungguh-sungguh ingin menuntut cerai.

Saya merasa bingung dan termenung sejenak sebelum menjawab soalan ustazah itu. Dengan tersipu-sipu saya menyatakan bahwa undang-undang yang digunakan adalah gabongan undang-undang sivil dan undang-undang Syariah.

Jika saya, sebagai seorang yang terlatih dalam bidang undang-undang dan guaman merasa bingung dengan kes-kes yang ditangani oleh mahkamah Syariah , apatah lagi orang-orang yang diluar sana yang mengharapkan mahkamah Syariah mentadbirkan kes-kesnya berlandaskan hukum Syariah.

Oleh kerana saya telah agak lama mengendalikan kes-kes keluarga di Mahkamah Syariah, Singapura, perkara ini tidak mengejutkan saya.

Kes yang dialami oleh suami ini adalah satu diantara banyak lagi kes-kes dimana suami-suami tidak dapat lagi mempertahankan haknya sebagi seorang suami di mahkamah. Ada lagi kes-kes dimana isteri-isteri berkelakuan curang dan menyebabkan kepada keretakkan dan runtuhnya mahligai yang dibina, namun tuntutan-tuntutan mereka(isteri isteri yang berzinah itu) saperti nafkah iddah, mut’ah dan harta sapencarian masih diluluskan oleh mahkamah.

Perintah mahkamah saperti ini yang menyebabkan ramai LAKI-LAKI yang TAK PUAS dengan keputusan mahkamah.

10 comments

  1. Zuliana /

    Sometimes I feel that the husbands deserve it to be ruled by court in this manner. There’s always a reason why the wives stray and got into another relationship. The husband indirectly could have mislead the wife.

    A wife will not look for another love if ample attention is given to her….. Something to ponder guys…………

  2. samri barik /

    PERHUBONGAN DALAM PERKAHWINAN DIS INGAPURA INI SUDAH SAMPAI KA TAHAP DIMANA MAHKAMAH MELIHAT NYA ATAS DASAR “CONTRACTUAL RELATIONSHIP” YANG BERBENTOK PARTNERSHIP. APA PUN TREND MAHKAMAH HARI INI YANG KITA LIHAT YANG DI PUTUSKAN OLEH PRESIDENT YANG BERFIKIRAN SEKULAR, ADALAH PERLU KITA MENYIKAPI DGN BAIK BAHAWA IA BERSIKAP PRAKTIKAL DARI UGAMIS.IA BUKAN LAH LAGI DIMANA PEREMPUAN YANG MENJADI ISTERI HANYA MENDAPAT HAK YANG DITENTUKAN OLEH SUAMI NYA ATAU D ARIPADA ALQURAN TETAPI OLEH NEGERI SEKULAR YANG MENENTUKAN HAK INDIVIDU2 MUSLIM ATAU NON MUSLIM BERDASARKAN HUMAN RIGHTS DAN ACT OF PARLIAMENT.

    KALAU KITA MASIH MIMPIKAN NEGARA ISLAM YANG MENENTUKAN HAK SATIAP ORANG ISLAM BERDASARKAN ALQURAN DAN HADIS KITA KENA TUNGGULAH HINGGA SINGAPURA DI ISLAMKAN. SEDANGKAN MUIS DAN AMLA UJUD DIBAWAH ACT OF PARLIAMENT YANG MEMBERIKAN PENERIMAAN DAN PENGAKUAN HAK MEREKA DALAM ISLAM. JADI SEMUA LELAKI YANG TIDAK PUAS KENA BELAJAR LAW DAN FAHAMKAN LAH SEDIKIT MENGENAI “RIGHTS” ATAU “HAK ” DI SINGAPURA ” RATHER THAN HAK DALAM ISLAM.

    MUNGKIN MEREKA BOLEH START OFF WITH JURISPRUDENCE ON RIGHTS BY PROF HART . MUNGKIN BOLEH MEREKA FAHAM KENAPA MAHKAMAMAH SYARIAH BIARPUN BERBENTUK DAN BERBAU ISLAM BUKAN LAH ISLAM SA UTORH NYA.

    JADI KITA TIDAK BOLEH HOT PASAL HAK DALAM KES CERAI. BERBALEK PADA CONTRACTUAL RELATIONSHIP, NEGARA INI MENGHORMATI HAK MASING2 INDIVIDU UNTOK INTERACT DAN BERAKAD, DAN DIDALAM NYA HAK2 MASING TERLINDUNG. KALAU MEREKA SIAP UNTOK AKAD NIKAH MEREKA SAHARUS NYA SUDAH SIAP UNTOK BERKONGSI HIDUP DAN TANGGONG JAWAB, BIAR MANA KECIL DAN BIARPUN BAGAIMANA VARIASI TANDA SUMBANGAN MEREKA KAPADA KELUARGA MEREKA YANG APABILA MEREKA BERECERAI HAK MEREKA YANG TELAH MEREKA KUMPULKAN AKAN DICERAIKAN MAHKAMAH MENGIKUT PERTIMBANGAN ARIF HAKIM, WALAU BAGAIMANA ‘TAK PUAS” PUN BOS2 DAN MAMAT2 YANG ADA.

    KALAU DULU PEREMPUAN ADA DI GANTUNG TIDAK BERTALI, SEKARANG HAL SAPERTI ITU SAPERTI CERITA DONGENG. KALAU DULU SUAMI LEMPARKAN BAJU DAN PAKAIAN KELUAR TINGKAP MACAM CERITA2 FILEM P RAMLEE, TAPI SEKARANG PEREMPUAN PULA YANG MELEMPARKAN KELUAR PAKAIAN SUAMI.

    AKAD PERKAHWINAN ADA LAH TANDA PENYATUAN HAK KEDUA PIHAK YANG DISAKSIKAN OLEH MANUSIA DAN BERSAKSIKAN ALLAH, DAN INI DI DICATETAKAN OLEH MAHKAMAH. PENCERAIAN MEREKA ADALAH PENCERAIAN HAK DALAM HARTA YANG TERKUMPUL SALAMA DIKUMPUL DALAM PERKAHWINAN. MACAM MANA NAK PUAS? JANGAN KAWIN SAJA LAH DAN MEMBUJANG LAH . DAN KALAU NAK ANAK AMBIL SAJA ANAK ANGKAT. DOES THAT SOLVE THE MAN’S PROBLEM ? PUAS KE?

  3. Kepada ZULIANA:
    Nauzubillah. Zina itu adalah salah. Kalau suami tidak memberi perhatian yg secukupnya pun, isteri tidak berhak mendapatkan substitution drpd lelaki lain. Unless isteri itu ingin ke neraka. Then by all means. Go ahead. Suami yg tidak menunaikan tanggungjawab pun salah tetapi ini boleh diselesaikan dengan cara jalan yg lebih baik. Iaitu berbincang. Luahkan pada suami. Ada hadith yang mengatakan wanita yg derhaka kepada suami tidak akan dapat cium bau syurga. Ini bermakna derhaka pada suamin boleh dipandang lebih teruk drpd derhaka pada ibu bapa sendiri.

  4. Salam. Very good advice, Toy. I should thank you Ms Zuliana for the admission. Ms Zuliana’s attitude is a true reflection of how most women behave and react to relationships, nowadays. If they think they are entitled to a ‘tit for tat’ and their acts are justifiable, then you jolly well do not pretend to be innocent when you go to the Syariah court. Admit them and forgo your ‘rights’ to mut’ah, iddah and all other related claims. Something to ponder, Ms Zuliana?

  5. Sadari /

    Assalamu ‘alaikum readers. Alhamdulillah it is a very good advice, Toy. Ms Zuliana, thank you very much for the observations. Your comment is a true reflection or the attitude of women with regards to relationships nowadays. If they think they are entitled to a ‘tit for tat,’ or their acts are justifiable, then they should not pretend to be the innocent parties when they go to Syariah Court and they should not claim their rights to mut’ah, nafkah iddah and other related claims. Something to ponder, Ms Zuliana. Congratulations for having the guts to let the cat out of the bag.

  6. Zuliana /

    Dear Toy and Sadari,
    Its just a general remark for women to ‘tit for tat’. That does not mean that they hv the right to do zina. And not all women who ‘tit for tat’ do the zina. Perhaps your understanding of looking for another relationship is to do zina, it shows how shallow the male counterparts are thinking. Put in deeper thoughts and try to understand why a relationship breaks a part. When a woman astray after being so faithful for the longest time, its the part of the men to start ‘pondering further’. And to Sadari, you are a practising lawyer but sad to say most men always jump to conclusion without thinking deeper. I’m writing in general and ‘no cats are let out of the bag’ where myself is concerned. Improve on the male observation guys!

  7. Dear Zuliana

    I do not jump to conclusions. I have the facts and figures to substantiate my claim. Pls read my article on lelakitakpuas.com TIDAK MENGHALANG ISTERI SALEHAT MENUNTUT MUT’AH above.

  8. Sadari /

    Dear Sir, Thank you 4 yr feedback. U want 2 know why a mother and her 2 daughters were in tears when they came to c me? Pl visit lelakitakpuas.com for full story. tq.

  9. Cassim celamat /

    Dear .., Zullina
    Terlalu cetek pemikiran awk, org yg buat salah atau silap Kerana pilihan dia yg salah.. Bkn betsebb kan org lain.. U do yr mistake u anser for it. Adakah awk setuju Kalo adek perempuam awk(Kalo ada) berzina menduakan suami.,, adakah awk akn galakkan, tentu tidak.. Bkn?! Tp Dari cmmnt awk seolah2 tidak salah..,, saya da lalui.. Saya tahu perasaan itu… Maaf jika ada yg tersilap

  10. Irma /

    Assalamualaikum wwt,
    Ini pun ada kes pelik dalam mahkamah syariah, Kes Tuntutan Cerai seorang Ustazah dari suaminya. Ceritanya begini, si suami mengahwini ustazah ini bukan atas dasar cinta, namun perkahwinan berlangsung sehingga 18 tahun dan dikurniakan 6 orang anak. Si isteri bersikap acuh tak acuh terhadap suaminya mungkin lantaran merasakan asas berkahwinan bukan didasarkan rasa cinta. Tugas-tugas harian wanita dilakukan sekadar melepas batuk di tangga sahaja. Begitu pula layanan terhadap anak tidaklah sebegitu baik berbanding suaminya. Keajaiban dari Allah berlaku bilamana si suaminya beristeri untuk kali kedua, kasih si suami mula bertambah terhadap isterinya ini, perubahan dapat dirasai oleh kedua2 pasangan ini. Perkahwinan kedua dirahsiakan oleh si suami, sehingga berlalu 8 bulan, takdir Allah menentukan perkahwinan kedua ini terpaksa berakhir lantaran sikap tidak sabar si isteri kedua, di sinilah akhirnya si suami terpaksa berterus-terang setelah diancam isteri keduanya untuk datang mengkhabarkan pernikahan mereka kepada isteri pertama dan ibunya. Selepas perceraian dengan isteri kedua ini, hubungan mereka berdua semakin intim, sehingga menyebabkan anakpun terasa cemburu. Namun ianya tidak bertahan lama kerana isteri mula menunjukkan belangnya dengan menuntut cerai di mahkamah dari suaminya. Dan dia telah mula keluar rumah dan melarikan serta menukar sekolah anak2nya. Sekalipun telah berulangkali si suami bermohon maaf sejak permulaan konfrontasi, namun sehingga kini telah 6 bulan mereka tidak bersama, apa lagi sejak suami ditinggalkan seminggu yang lalu…. Apakah pendapat pembaca sekalian?????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>