MAHKAMAH SYARIAH SINGAPURA HARUS KEMBALI KEPADA SYARIAH BUKAN BERPANDUKAN WOMEN’S CHARTER

 

Mahkamah Syariah Singapura akan lebih berwibawa dan akan balik kezaman kegemilangannya dan   boleh membantu dalam mengurangkan kes perceraian jika:

(i)                   permohonan isteri-isteri nusyuz dan yang berkelakuan curang untuk mendapatkan mut’ah,  aset dan wang caruman CPF suami tidak diluluskan;

 

(ii)                permohonan untuk mendapatkan mut’ah, hasil penjualan rumah dan aset-aset suami yang lain (saperti CPF, saham & polisi insuran) tidak diluluskan jika siisteri  itu nusyuz, curang & derhaka, dan sisuami berpenyakit (saperti kencing manis, masalah ginjal atau jantung) atau si suami kehilangan sumber mata pencariannya kerana  menghadapi persaingan hebat daripada rakan sejawatnya yang lebih muda atau persaingan sengit daripada bakat asing yang melanda pasaran kerja kita; dan

 

(iii)               isteri-isteri yang meminta cerai tanpa alasan munasabah diperintahkan supaya menebus talak dan menggugurkan hak mereka untuk menuntut mut’ah, harta sapencarian & CPF suami.

Sudah tiba masanya Mahkamah Syariah Singapura tidak ‘membela’ isteri-isteri curang, derhaka dan nusyuz.   Suami yang uzur, kehilangan anggota badan akibat serangan penyakit dan suami yang tidak bersalah atau suami yang tidak menyebabkan keretakan rumah tangga harus mendapat ihsan daripada isteri dan hakim-hakim yang bijaksana, dengan tidak diperintahkan supaya membayar mut’ah, hasil keuntungan penjualan rumah dsbnya.

Salah seorang hakim Mahkamah Tinggi Singapura baru-baru ini enggan meluluskan tuntutan nafkah (sebanyak $ 120,000/-) oleh seorang mantan isteri, seorang pengurus penjualan disyarikat swasta, kerana pendapatan mantan isteri lebih besar daripada pendapatan mantan suami, seorang pegawai kanan pemerintah.  (Sila rujuk ST 26 Apr 2014, ms B1). Dan disatu kes lain yang ditanganinya, tuntutan nafkah bekas isteri sebanyak $ 60,000/- diturunkan ke $1/- sahaja kerana mantan suami sudah hilang pekerjaannya  dan harapannya untuk mencari pekerjaan tidak begitu cerah. (Sila rujuk ST 26 Nov 2013).

Hakim itu juga menyarankan agar “Women’s Charter” (Piagam Wanita) diganti dengan “Marriage Charter” (Piagam Rumahtangga).  Ini menunjukkan bahwa Piagam Wanita yang berat sebelah ini dah lapok dan patut diganti.

Meluluskan permohonan nafkah dan mut’ah oleh bekas isteri seharusnya mengikut keperluan bukan berdasarkan jantina.   Bayaran sagu hati cerai bukanlah hak mutlak isteri yang diceraikan atau yang menuntut cerai.  Mut’ah wajib dibayar kepada isteri-isteri yang ta’at sahaja.

Kitab suci AlQuran tidak akan lapok dek hujan, tak lekang dek panas.   Tidak perlu berpandukan Women’s Charter yang lapok ini apatah lagi mematuhinya.