LELAKI TAK PUAS KERANA NAFKAH IDDAH PERLU DIBAYAR WALAUPUN IDDAH SUDAH HABIS TEMPOHNYA

NAFKAH IDDAH MESTI DIBAYAR WALAU PUN IDDAH SUDAH LAMA BERLALU

Khairuddin telah berumah tangga dengan Hairiah selama 7 tahun dan mempunyai seorang anak dengan isterinya, Amir, berumur 4 tahun. Khairuddin adalah seorang siswazah dan beker

ja sebagai pegawai penyelidikan manakala Hairiah tidak mempunyai pekerjaan tetap. Beliau bekerja sebagai ‘contract worker’

Khairuddin adalah seorang yang rajin dan selain bekerja beliau menggunakan masa lapangnya untuk mengambil kursus pos-siswazah dalam bidang yang digemarinya. Oleh kerana kebanyakkan daripada masa lapangnya digunakan untuk menumpukan perhatian kepada pelajarannya, maka Hairiah selalu mengomel yang Khairuddin tidak ada masa untuk keluarga. Kerana isterinya suka berleter, maka Khairuddin selalu rasa tertekan dan ‘stressful’.

Walaupun bahu Khairuddin banyak memikul tanggung jawab, Khairuddin tidak mengabaikan tanggung jawabnya untuk memberi nafkah kepada keluarganya.

Pada suatu hari Khairuddin telah mengambil keputusan untuk menceraikan isterinya. Selepas membuat pendaftaran untuk bercerai dimahkamah Syariah, mahkamah memerintahkan kepada pasangan ini untuk menjalani counselling. Semasa sessi counselling, Khairuddin telah mendapati bahwa beliau tidak boleh lagi berkongsi hidup dengan isterinya, maka beliau melafazkan talak tiga kepada isterinya.

Sementara menunggu kesnya dibicarakan dimahkamah Syariah yang mengambil masa 8 bulan, Hairiah membuat permohonan dimahkamah keluarga(Family Court), supaya beliau diberi nafkah untuk menyara hidupnya. Hujjah beliau ialah walaupun Khairuddin telah menceraikannya dengan talak 3, perceraian ini belum lagi didaftarkan dimahkamah Syariah, maka mahkamah keluarga masih mengiktiraf pasangan ini sebagai suami isteri, maka Khairuddin wajib membayar nafkah kepada Hairiah diantara hari beliau menjatuhkan talak 3 dan hari pendaftaran perceraian dimahkamah Syariah.

Mahkamah Keluarga tidak mengambil kira implikasi talak 3 yang dilafazkan oleh Khairuddin. Mahkamah Keluarga tidak ambil kira iddah, atau cina buta dsbnya. Apa yang dititik beratkan oleh Mahkamah Keluarga ialah sama ada perceraian sudah didaftarkan atau tidak, jika tidak maka pasangan ini masih suami isteri.

Walaupun Khairuddin pada hakikatnya tidak boleh menerima perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah keluarga ini, beliau tetap mematuhinya. Beliau tahu bahwasanya perintah mahkamah ini tidak mengikut perintah Allah yang termaktub dalam AlQuran, kitab suci yang memandu kita kejalan yang lurus dan yang diredhai oleh Allah subhanahu wata ‘ala.

Khairuddin dan beberapa ramai lagi orang LELAKI TAK PUAS kerana diperintahkan membayar nafkah iddah walaupun tempoh iddahnya sudah lama berlalu, hanya berharap dan berdo’a agar semua undang-undang dunia yang tidak selaras/bercanggah dengan perintah Allah diubah untuk kepentingan umat Islam.