Isteri Curang, Suami Pulak Kena Bayar!

Mohammad (bukan nama sebenar) telah berumah tangga dengan isterinya selama 14 tahun. Setelah 14 tahun berumah tangga, Allah mengurniakan mereka 4 orang anak, berusia diantara 2 dan 14 tahun.

Setelah 9 tahun berumah tangga dan setelah menda

pat 2 orang anak, isterinya mula berkelakuan curang dengan seorang lelaki yang sudah beristeri. Mohammad mendapat tahu tapi isterinya menafikannya. Mohammad menunjukkan bukti-bukti yang diperolehinya. Oleh kerana isterinya tidak boleh lagi menafikannya, maka isterinya mengaku membawa jantan kerumahnya ketika Mohammad sedang mencari rezki untuk menyara hidup keluarganya termasuk isterinya. Isterinya meminta ma’af dan berjanji tidak mengulang lagi perkara jijik ini. Mohammad pun memaafkan isterinya demi untuk anak-anak.

Lima tahun selepas berjanji untuk bertaubat, isterinya mengulangi perbuatan zina sekali lagi dengan seorang lagi lelaki yang sudah berumah tangga. Isterinya sekali membuat pengakuan yang beliau telah melakukan perzinaan itu dengan lelaki ini.

Setelah Mohammad mendapati bahwa isterinya tidak boleh dan tidak mahu berubah walaupun telah dimaafkan Mohammad segala kesalahannya, maka Mohammad menjatuhkan talak keatas isterinya. Mohammad sungguh kecewa dengan perbuatan isterinya. Dia rasa tertipu.

Mohammad membuat permohonan untuk mendaftarkan talaknya dimahkamah Syariah, Singapura. Dan setelah dibicarakan kesnya, hakim membuat beberapa keputusan.

Muhammad adalah seorang lagi ‘lelaki yang tak puas’ dengan keputusan mahkamah kerana walaupun isterinya yang mesti dipersalahkan kerana beliau bertanggung jawab dengan keadaan famili yang porak poranda yang menyebabkan pasangan suami ini bercerai berai, Mohammad diperintahkan oleh mahkamah supaya membayar kepada isterinya:

(i) nafkah iddah sebanyak $1,200/-;

(ii) mut’ah sebanyak $25,000/-;

(iii) $40,000/- daripada wang simpanan CPF Mohammad; dan

(iv) 40% daripada hasil peruntungan penjualan rumah flat yang mana isterinya hanya menyumbang tidak lebih daripada $8,000/- ketika pasangan ini membeli rumah pangsa mereka.

Mohammad kini runsing dan hanya dapat memujuk hatinya dengan berjumpa dengan kawan-kawan dan beriktikaf dimasjid manakala jandanya kaya dengan wang yang didapatinya hasil daripada runtuhnya perkongsian hidup yang dimusnahkan oleh jandanya itu.

Dengan siapakah Mohammad boleh mengadu?

Mohammad bertanya adakah patut jandanya menerima mut’ah, sebahagian daripada wang simpanan CPF Mohammad yang dikumpulkannya ekoran daripada senantiasa bekerja kuat dan mengeluarkan peluh untuk membiyai keluarganya. Dan adakah patut jandanya mendapat 40% daripada hasil peruntungan penjualan rumah dimana jandanya hanya menyumbang tidak lebih daripada $8 000/- tatkala mereka membeli rumah pangsa ini 15 tahun lepas.

Tidakkah undang-undang Islam mensyari’atkan supaya menghukum orang-orang yang berzina? Tetapi mengapakah undang-undang dunia memberikan ‘ganjaran’ kepada isteri-isteri yang berzina?