ISTERI BERKHALWAT DAPAT MUT’AH, LELAKI TAK PUAS

ISTERI BERKHALWAT DAPAT MUT’AH, LELAKI TAK PUAS

Yusof dan Sarah sudah berumah tangga selama 18 tahun. Mereka dikurniakan 3 orang anak. Yusof bekerja di sebuah syarikat penghataran dan mendapat gaji sebanyak $3,800/- sebulan. Sarah pula pernah bek

erja di sebuah kilang selama 2 tahun tetapi berhenti sejurus sahaja melahirkan anak sulungnya.

Setelah melahirkan anak ketiganya, Sarah cuba menjejakkan kakinya di bidang penjualan. Beliau mendapat kerja di pusat membeli-belah sebagai jurujual. Sebagai jurujual beliau melayan pelanggan-pelanggannya. Dari situ beliau berkenalan dengan seorang lelaki bernama Michael. Perhubungan diantara beliau dengan Michael semakin rapat dan Michael sering menghantar Sarah pergi kerja dan menjemputnya waktu pulang dari kerja. Sarah sudah ‘pandai’ keluar rumah awal daripada biasa untuk ketempat kerjanya semata-mata untuk bertemu dengan Michael sebelum memulakan tugasnya.

Yusof yang sibuk bekerja tidak pernah meragui dan mengesyaki isterinya sehingga pada suatu hari ada seorang temannya memberitahu tentang perhubungan Sarah dengan Michael. Informasi itu lengkap dengan bukti video telefon bimbit yang dirakam di tempat kerja Sarah. Rakaman itu menunjukkan Sarah bermesra dengan Michael. Gambar Sarah menumpang kereta Michael juga disertakan. Terbuktilah Sarah dan Michael ada hubungan intim.

Pada suatu hari Yusof mengambil keputusan untuk bertanya kepada Sarah tentang perkara itu. Sarah mengaku beliau ada menjalin hubungan dengan Michael dan meminta Yusof menceraikannya. Yusof amat kesal dengan pengakuan isterinya itu dan menasihatinya supaya bertaubat.

Walaupun sudah berkali-kali Yusof menasihati isterinya supaya bertaubat dan putuskan hubungannya dengan Michael demi untuk anak-anak mereka, namun Sarah tetap tidak mengindahkannya.

Yusof telah putus harapan dan membuat keputusan untuk menceraikan isterinya.

Sarah menuntut nafkah iddah, mut’ah dan meminta supaya rumah pangsanya dijual tetapi tidak menuntut hak penjagaan anak.

Yusof enggan membayar mut’ah. Peguam beliau memberitahu mahkamah bahwa Sarah mengaku berkhalwat dan tidak patut jika tuntutan mut’ahnya diluluskan oleh mahkamah.

Dengan cepat hakim bertanya kepada peguam Yusof “Apa salahnya?”

Peguam Yusof terkejut dengan pertanyaan hakim itu yang berpendapat bahwa tidak salah bagi sesorang yang bergelar isteri berkhalwat dengan orang yang bukan muhrimnya. Untuk mempertahankan pendapatnya hakim bandingkan satu situasi dimana seorang isteri menaiki sebuah teksi dengan seorang drebar yang bukan muhrim.

Soalannya bolehkah situasi seorang wanita menaiki teksi dengan seorang drebar bukan muhrim dibandingkan dengan situasi Sarah berkhalwat dengan Michael?

Inysa Allah dengan petunjuk Allah anda boleh menjawabnya. Anda tidak diperlukan untuk memerah otak untuk menjawabnya.

Walaupun Sarah mengaku berkhalwat dan beliau adalah punca bagi hancurnya mahligai yang dibina mereka berdua, mahkamah tetap meluluskan permintaan Sarah untuk mendapatkan nafkah iddah, mut’ah dan rumah pangsanya dijual dan hasil bersih penjualannya dibahagikan 40% kepada Sarah dan 60% kepada Yusof.

Keputusan mahkamah ini membuat Yusof seorang lelaki tak puas kerana di ‘denda’ oleh mahkamah. Bagi Yusof perintah mahkamah itu adalah satu tamparan baginya. Sarah diperintahkan menerima mut’ah puluhan ribu dolar daripada Yusof walaupun Sarah mengaku beliau berkhalwat dengan Michael. Perintah mahkamah ini membawa mesej seolah-olah berkhalwat itu tidak salah bahkan boleh menerima hadiah.