IBU DAN KAKAK MERATAP DAN MEMBELA LELAKI TAK PUAS

IBU DAN KAKAK MERATAP DAN MEMBELA LELAKI TAK PUAS

Pada suatu hari, seorang ibu, Hjh Romlah dan anak lelakinya, Ooslan telah menemui saya selepas mendapat keputusan mahkamah Syariah, Singapura. Turut hadir menemani mereka dip

ejabat saya pada hari tersebut adalah dua orang kakak Ooslan.

Hjh Romlah memulakan ceritanya dengan memberitahu bahwa anak bongsunya, Ooslan dan menantunya, Ratanah telah berumah tangga selama lebih kurang 12 tahun. Ooslan berumur 45 tahun mankala Ratana berusia 42 tahun. Sebelum bernikah dan seterusnya selama 5 tahun selepas pernikahan, Ooslan bekerja sebagai Admin Assistant disebuah firma tempatan dan mendapat gaji sebanyak $1,800/- sebulan. Saperti pekerja-pekerja lain, majikannya membayar Ooslan gaji, sumbangan Central Provident Fund(CPF), bonus, memberikan cuti selama 14 hari setahun jika ada pengesahan daripada doktor yang beliau sakit dan 2 bulan cuti bergaji dalam setahun jika menghadapi penyakit yang memerlukan rawatan dirumah sakit.

Ratana memiliki sebuah firma ‘service provider.’ Dan beliau perlu mendapatkan khidmat seorang telemarketer sebab perniagaannya memerlukan beliau pergi pada tiap-tiap hari, dari satu daerah kesatu daerah yang lain didalam negara Singapura ini, untuk menjalankan tugas perniagaannya. Beliau sering ke Johor Bahru dan Kuala Lumpur sebab ada ‘client’ disana.

Ratana sering mengadu kepada Ooslan bahwa perniagaan beliau akan lebih maju jika beliau ada telemarketer yang cekap. Aduannya kepada Ooslan adalah telemarketer yang digajinya tidak berdisiplin, tidak berdedikasi dan tidak ‘independent’. Mereka perlu dipantau dan kelakonan mereka adalah saperti pahat dan pemukul. Namun Ratana tidak boleh memerhatikan dan memantau mereka setiap masa sebab beliau tidak selalu ada dipejabat. Oleh kerana tidak ada disiplin maka Ratana sering memberi notis kepada telemarketernya supaya berhenti kerja selepas beberapa bulan bekerja. Petugas yang menduduki kerusi telemarketer Ratana sudah banyak kali bertukar orang. Tidak ada telemarketer yang boleh bertahan lebih daripada enam bulan.

Lebih kurang dalam pertengahan tahun keenam perkahwinannya, Ratana merayu kepada Ooslan supaya bekerja dengannya sepenuh masa sebagai telemarketer.

Memandangkan Ratana adalah isterinya, maka Ooslan menerima tawaran itu. Ooslan berpendapat masalah isterinya adalah masalah beliau juga. Kebahgiaan yang dikecapi oleh isterinya adalah kebahgiaan beliau juga. Maka oleh sebab itu beliau membuat keputusan untuk berkhidmat kepada isterinya dan jika perniagaan isterinya maju maka Ooslan tumpang gembira kerana Ratana adalah isterinya.

Ooslan tidak berbincang dengan sesiapa sebelum menerima tawaran Ratana. Bahkan beliau sangat gembira untuk berkhidmat kepada Ratana oleh kerana sebab-sebab diatas.

Sejak Ooslan menjadi pekerja Ratana, perniagaan Ratana beroperasi dari rumah pangsanya yang dibeli atas dua nama (Ooslan dan Ratana), selepas 3 tahun mereka berumah-tangga. Sejak Ratana mendapatkan Ooslan sebagai telemarketernya, dengan sendirinya Ratana bebas daripada masalah yang membelengguinya: ia-itu pekerja yang tidak berdisiplin, malas, dsbnya. Dan perniagaan Ratana semakin maju kerana Ooslan berdisiplin, rajin dan ingin melihat isterinya maju dalam alam perniagaan. Dan client Ratana menunjukkan penoh ‘confiden’ untuk berurusan dengan Ratana.

Disebalik kemajuan ini, Ratana sudah mula pulang malam pada tiap-tiap malam. Beliau tidak lagi hiraukan rumahtangganya. Kononnya, beliau terpaksa ‘entertain clients’.

Pada satu hari Ratana memberitahu Ooslan bahwa beliau ingin menuntut cerai daripadanya kerana beliau tidak diberi nafkah oleh Ooslan dan diantara mereka berdua sudah tidak ada lagi persefahaman.

Ooslan rasa tertipu. Pengorbanan Ooslan: bertungkus lumus bekerja untuk menaikkan perniagaan Ratana, tidak dibayar gaji penuh, tidak ada caruman CPF tidak dikenang dan diambil kira oleh Ratana.

Dimuka pengadilan Ooslan memberitahu mahkamah bahwa beliau tidak berkemampuan untuk memberi nafkah kepada Ratana, sebab beliau tidak diberi gaji tetap oleh majjikannya, ia-itu Ratana. Beliau diberi $500/-, $600/- atau $700/- sebulan. Tidak pernah beliau terima $800/- apatah lagi $1 000/-. Ratana sebagai majikan tidak membuat sumbangan terhadap CPF Ooslan. Ooslan tidak menerima bonus. Semua peruntungan dari perniagaannya diambil dan disimpan oleh Ratana.

Ratana membayar wang perbelanjaan pasar dan barang-barang runcit dapur. Dari tahun 8 perkahwinan, Ratana membayar ‘mortgage’ rumah sebab wang caruman CPF Ooslan sudah habis dan Ooslan tidak ada wang simpanan dibank.

Mahkamah meluluskan permohonan cerai Ratana dan juga membenarkan tuntutan nafkah iddah dan mut’ah sepanjang dua belas tahun perkahwinannya.

Ooslan, seorang lelaki tak puas dan ibunya meratap kesedihan apabila menceritakan kesnya kepada saya.

Hjh Romlah rasa sedih, kecewa, kesal dan tidak puas kerana ada soalan-soalan dikepalanya yang belum mendapat jawaban.

Hjh Romlah: Tuan Peguam, apakah dosa Ooslan, sehingga bekas menantu saya itu tergamak berbuat demikian terhadap anak saya. Anak saya tidak diberi gaji secukupnya. Dia suka-suka menuntut cerai. Membuat tuntutan nafkah iddah dan mut’ah dan minta rumah pangsanya diberikan kepada dia. Anak saya nak tinggal mana? Pendapat Ustazah saya ialah Ratna mesti tebus talak. Mengapa dia dibenarkan tak tebus?

Ooslan tidak mampu bayar nafkah iddah dan mut’ah sebab beliau tidak mempunyai wang simpanan. Beliau hanya diberi gaji yang layak dipanggil wang saku yang berjumlah beberapa ratus sebulan. Bukan seribu atau ribuan dolar. Perniagaan Ratana semakin maju dengan berkat do’a Ooslan dan demi sumbangan Ooslan. Ooslan mengorbankan gaji ribuan dolar sebulan kerana ingin membantu perniagaan isterinya. Tanpa bantuan Ooslan, perniagaan Ratana tidak akan ada ditahap dimana ia berada sekarang ini. Sebab sikap seorang pekerja yang tidak berdedikasi dan tidak ada kepentingan didalam sesuatu perniagaan adalah berlainan dengan sikap seorang suami yang ingin melihat isterinya maju dipersada perniagaan. Ratana adalah ibarat ‘habis manis sepah dibuang’.

Selain daripada Hjh Romlah, saya lihat bahwa kedua-kedua kakak Ooslan turut bersedih, marah dan geram. Mereka turut bersedih dan tidak puas dengan perbuatan Ratana terhadap adiknya.

Air mata kesemua wanita ini menitis apabila mereka bercerita kepada saya. Hanya manusia yang tidak mempunyai perasaan yang tidak akan merasa sedih mendengarkan nasib Ooslan yang diceritakan Hjh Romlah itu.

Kakak I: Tidakkah mahkamah tahu siapa betul, siapa salah, encik? Adik saya salah ke encik? Apa jadi kalau adik saya tak mampu bayar mut’ah? Apa si dia tu(Ratana) boleh buat? Adik saya boleh bankrupt ke?

Kakak II: Ustazah saya kata ancaman Allah cukup pedih terhadap isteri-isteri yang menuntut cerai tanpa alasan yang munasabah.

Soalan-soalan yang mereka ajukan berasas dan bernas. Saya tidak tahu latar belakang mereka. Tetapi sekurang-kurangnya mereka ada menghadiri majlis ta’lim atau kelas-kelas agama dan mereka tahu apa yang diperintahkan dan dicegah oleh Allah azza wajal.

Saya juga tidak menjawab soalan-soalan mereka sebab ketika itu fikiran mereka sedang berkecamok dan mereka sedang ‘bersedih.’

Keputusan kes ini membuat SEORANG JANDA terlalu dan sangat gembira. Tetapi dalam masa yang sama SEORANG IBU dan DUA ORANG KAKAK kepada seorang lelaki merasa sedih, kesal dan kecewa. (Ini bermakna dalam satu keputusan mahkamah, 3 kaum Hawa sedih, marah, tidak puas berbanding dengan seorang, IA SEORANG kaum Hawa yang gembira). Gembira kerana mendapat wang yang banyak tetapi belum tahu halal atau tidak. Terlepas daripada hukum dunia, tetapi diakhirat belum tahu.

Adakah ini wajar?

Ramai orang diluar sana tidak tahu perasaan atau apa yang terpendam didalam lubuk hati kaum wanita-wanita yang ada pertalian darah dengan Ooslan. Mereka tidak dapat merasakan sebab mereka belum dikelilingi dengan orang-orang yang mengadu nasib saperti ini kepada mereka.

Mereka tidak ada ’empathy.’ Mungkin mereka belum boleh bayangkan bagaimana seorang suami yang baik mendapat seorang isteri yang selama ini tidak takut melanggar larangan Allah dan tidak ada segan silu untuk menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki lain diluar rumah, kemudian bukan sahaja menuntut cerai daripada suaminya bahkan menuntut nafkah iddah dan mut’ah dan rumah yang dibeli bersama .

Cuba bayangkan sejenak, bagaimana seorang ibu meratap dan meraung didepan anda meminta penjelasan mengapa anak bongsunya terpaksa membayar, misalnya, wang puluhan ribu dolar kepada bekas isterinya yang durhaka dan mengabaikan tanggung jawabnya sebagai seorang isteri, dan dengan tidak ada perasaan takut untuk melanggar perintah Khaliknya.

Disamping menangis dan dengan suara yang terputus-putus ibu ini bertanya, apakah salah anaknya dan mengapakah anaknya mesti didenda begini.

Bolehkah anda duduk berdiam diri setelah mendengar rintihan ini?

Saya telah mengatakan bahwa lelaman web ini bukanlah untuk memperjuangkan hak mana-mana pihak tetapi untuk menegakkan keadilan. Bagi kaum Hawa yang berpendapat bahwa saya berat sebelah atau ‘bias’ terhadap mereka, mereka harus berfikir dan bertanya tidakkah tindakan saya yang bertujuan untuk menegakkan keadilan dengan secara tak langsung telah membuat ramai wanita (ibu, kakak atau adik kepada seorang lelaki) gembira? Dan tidakkah saya bertindak supaya orang-orang tidak menuntut yang bukan hak mereka supaya mereka tidak makan yang haram dan tidak ada kezaliman?

Ibu dan kakak-kakak Ooslan akan berpuas hati jika isteri yang menuntut cerai itu tidak diberi mut’ah, nafkah iddah dan harta suami sejajar dengan ajaran Rasulullah s.a.w. yang apabila ditanya oleh seorang wanita bolehkah dia menuntut cerai dari suaminya. Dan Rasulullah s.a.w. menjawab sangggupkah kamu memberi apa yang suami kamu telah berikan, untuk menebus talak itu? Wanita itu sanggup.

Tidak ada riwayat yang menyatakan bahwa wanita itu menuntut nafkah iddah, mut’ah dan harta suaminya dan tuntutan itu dibenarkan oleh Rasulullah s.aw.

Tetapi apabila isteri-isteri dinegara Singapura yang ada perhubungan sulit dengan lelaki lain selain dari suaminya, menuntut cerai daripada suaminya, mereka tidak perlu menebus talak. Sebab hakam akan memutuskan perkongsian hidup mereka jika si suami tidak mahu menceraikan isterinya dan si isteri ingin meneruskan permohonannya untuk bercerai. Setelah diceraikan oleh hakam, siisteri itu ‘dibenarkan’ menuntut nafkah iddah, mut’ah dsbnya.

Jika hakam tidak menceraikannya, isteri terpaksa menebus talak, namum si isteri selepas menebus talak dengan wang sebanyak $100/- misalnya, masih dapat menuntut harta dll. Ada kalanya siisteri mendapat wang yang berkali lipat (mungkin 1000 kali ganda) daripada wang tebus talak yang dibayar kepada suaminya.

Adakah ini ajaran Islam?

Janggal? Keliru? Salah? Betul? Wajar? Adil?

Manakah yang lebih baik? Adakah anda memilih pihak yang ingin memperjuangkan hak wanita supaya dianggap modern (ia-itu agenda golongan feminists group yang hanya tahu mengkritik, dan memperli dan ingin mengubah ajaran agama Islam) dan dalam memperjuangkan hak seseorang wanita itu, sipejuang terpaksa menzalimi orang lain; atau anda memilih lelakitakpuas.com yang berdakwah supaya menegakkan keadilan dan sekali gus membuat ramai kaum Hawa gembira?(Lihat cerita Ooslan dan keluarganya).

Tidak ada orang yang akan marah atau tidak puas apabila mereka terpaksa membayar zakat harta walaupun wangnya lambat laun akan berkurangan jika wang itu disimpan sahaja. Sebab ini adalah perintah Allah. Orang tidak marah sebab Allah berjanji tidak akan jatuh miskin orang yang membayar zakat.

Tetapi orang yang dizalimi dan orang-orang yang berkenaan dengan orang-orang yang dizalimi akan rasa tidak puas jika sesuatu yang diperintahkan adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Disebabkan oleh bab munakahat diajarkan dimasjid-masjid, sekarang ini sudah ramai orang yang tahu hak masing-masing. Jangan cuba sekat atau menghalang mereka daripada memperjuangkan hak mereka. Mereka tahu siapa salah, siapa benar. Jangan cuba zalimi mana-mana pihak atau sesiapa juga.

Adakah masyarakat Islam Singapura menunggu kedatangan malapetaka dinegara ini sebagai balasan Allah kepada segelintir orang yang berlaku zalim terhadap pasangannya dan jika Allah menurunkan malapetaka, orang-orang yang baik juga akan mendapat tempiasnya?

Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Kuasa untuk membalik-balikkan hati manusia, maka bukakanlah hati-hati mereka untuk menegakkan keadilan dan berdakwah dijalan yang diredhaimu. Saya takut dan gentar dengan siksaanMu, Ya Allah.

Peliharalah kami, Ya Allah.

Amin.