HIGH LIVING COSTS CONTRIBUTE TO THE NUMBER OF DIVORCE CASES

Di Singapura pasangan suami-isteri terpaksa keluar bekerja untuk membantu pasangan masing2 kerana kos menyara hidup kian meningkat. Apabila kededua pasangan telah keluar bekerja maka masa untuk suami-isteri itu bersama (di rumah) akan terjejas atau berkurangan. Di tempat kerja/pejabat si isteri akan keluar makan dengan rakan sejawat tidak kira sama ada rakan itu kaum sejenis atau bukan, muhrim atau tidak. Mula-mula berteman untuk makan pagi atau tengah hari atau secawan kopi atau ‘tea break’.  Tidak lama kemudian cinta akan terjalin dan setelah di ketahui oleh pasangan masing-masing, maka berlakulah perceraian. Niat atau tujuan yang asalnya baik, ia-itu  untuk saling bantu membantu dalam kedudukan kewangan keluarga akan berakhir dengan satu tragedy atau musibah yang tidak diingini.  Rumah-tangga akan jadi porak peranda, harta terbagi, anak-anak jadi mangsa, ibu-bapa bermusuhan dan akn terus bermusuhan apabila mahkamah Syariah Singapura menyebelahi pihak wanita/isteri yang curang. Kos sara hidup yang tinggi juga adalah penyebab berlakunya perceraian bagi mereka yang tak kuat iman.