HAK SUAMI DISEKAT, LELAKI TAK PUAS

HAK SUAMI DISEKAT, LELAKI TAK PUAS

Amat menamatkan usia bujangnya pada umur 35 tahun. Beliau berumah tangga dengan Asna yang berusia 31 tahun ketika itu. Amat mengenali Asna melalui ibunya. Sebelum Asna diperkenalkan kepada Amat, ibu Amat dan

Asna bertemu pada tiap-tiap minggu kerana mereka berdua menghadhiri majlis taklim bersama disalah sebuah masjid diSingapura. Ibu Amat telah lama berhasrat untuk menjadikan Asna menantunya dan permintaannya diqabulkan Allah s.w.t.

Setelah diijabkabulkan, Amat dan Asna tinggal bersama ibu Asna selama setahun. Asna adalah anak bongsu dan ibunya tidak mengizinkannya pindah dari rumah ibunya walaupun Asna sudah berumah tangga. Tiap kali Amat mengajak isterinya pindah untuk berdikari, Asna tidak setuju kerana beliau mendapat tantangan daripada ibunya.

Oleh kerana Amat mendapati bahwa Asna lebih sayangkan ibunya daripada Amat, sehingga hak-hak Amat sebagai seorang suami terjejas, maka Amat membuat keputusan untuk menceraikan Asna.

Mengimbas kembali, Amat kesal kerana bertukar fikiran. Sebelum dikenalkan pada Asna, Amat memang sudah lama membuat keputusan untuk tidak berumah tangga. Dan beliau tidak berusaha untuk mencari pasangan hidup. Oleh kerana Asna adalah pilihan ibunya, beliau setuju untuk menjadikan Asna isterinya. Tetapi ibu mertuanya terlalu sayangkan Asna sehingga Amat dapat merasakan bahwa ‘kebebasannya’ terhad. Dan impiannya untuk hidup sebagai pasangan yang berbahagia tidak mungkin tercapai jika ibu Asna tetap dengan pendiriannya. Dengan ini Amat tidak dapat menahan perasaannya.

Setelah mendafatarkan permohonannya untuk bercerai, kesnya di tetapkan untuk di bicarakan. Pada hari perbicaraan, Yang Arif, Tuan Presiden Mahkamah Syariah memulakan perbicaraan dengan bertanya:

Presiden: Encik Amat, awak sedia melafazkan talak terhadap isteri awak?
Amat: Sedia, tuan hakim.

Presiden: Ikut saya.
Amat: Baik, tuan hakim.

Presiden: Saya, Amat ceraikan isteri saya, Asna dengan talak satu.
Amat: Saya, Amat ceraikan isteri saya, Asna dengan talak 3.

Presiden: Saya cakap talak 1, kenapa awak sebut 3.
Amat: Itu hak saya tuan hakim.

Presiden: Contempt of court! Awak mencemarkan mahkamah.

Pegawai polis, bawa dia!

Lalu pegawai polis yang bertugas membawa Amat ke lokap di mahkamah Syariah.
Amat dibebaskan pada jam 5 petang pada hari itu. Selepas dibebaskan daripada lokap, Amat terus menemui peguamnya.

Amat: Mengapa saya dimasukkan lokap?

Peguam: Awak didapati tidak mematuhi perintah mahkamah supaya menceraikan isteri awak dengan talak 1 bukan 2 atau

3. Walaupun talak itu ditangan suami dan adalah hak awak untuk menceraikan isteri awak dengan talak 1, 2 atau 3, biasanya, mahkamah tidak menggalakkan seseorang suami menjatuhkan talak 3 sekali gus, kerana mahkamah dapati ada beberapa kes dimana seseorang suami setelah menjatuhkan talak 3 keatas isterinya, mohon untuk menarik balik kata-kata beliau. Ini boleh menimbulkan kekeliruan(complications) dan boleh menyusahkan banyak pihak yang berkenaan.

Amat: Ah!

Amat adalah seorang LELAKI TAK PUAS dalam kes ini. Beliau tidak puas kerana disekat untuk melafazkan 3 talak sekali gus keatas isterinya. Amat percaya ini adalah hak beliau dan tidak ada sesiapa yang boleh melarang.