BAPA MERTUA, LELAKI TAK PUAS

BAPA MERTUA, LELAKI TIDAK PUAS

Pak Mat adalah seorang pesara yang berumur 70 tahun. Sebelum bersara beliau telah membeli sebuah rumah pangsa bersama anaknya, Ali. Ali ketika itu berumur 22 tahun dan belum berkeluarga. Tidak diket

ahui mengapa Pak Mat menamakan Ali sebagai nama pemilik bersama(“joint owner”) pada rumah pangsa yang dibelinya itu, walaupun Pak Mat masih beristeri. Isterinya, MakMah hanya didaftarkan sebagai penghuni(“occupier”), bukan pemilik.

Ali tidak membuat apa-apa sumbangan terhadap rumah pangsa itu sebab Ali tidak ada pekerjaan tetap dan tidak ada membuat sumbangan terhadap Central Provident Fund Board.

Setelah keluarga ini mendiami rumah pangsa itu selama 10 tahun, Ali berumah
berumah tangga dengan Alinah, seorang wanita pilihannya. Ali berumur 32 tahun ketika diijabkabulkan.

Selepas Ali dan Alinah diijabkabulkan, mereka berdua tinggal bersama ibu-bapa Ali sebab Ali adalah pemilik bersama rumah pangsa tersebut. Ali bahagia hidup dirumah pangsa itu dan Allah mengurniakan kedua-kedua mempelai ini 2 orang anak.

Walaupun Ali bahagia, ibu Ali sangat menderita kerana Alinah adalah seorang menantu yang malas. Beliau hanya kedapor jika Ali ada dirumah. Semua kerja- kerja rumah dikendalikan oleh Mak Mah jika Ali keluar bekerja, Alinah menghabiskan masanya didalam biliknya menonton television atau membuat kerja-kerja peribadi. Alinah tidak bekerja. Mak Mah rasa tertekan. Namun Mak Mah tidak pernah memberitahu Ali penderitaannya. Mak Mah tidak mahu Ali susah hati dan tidak mahu Ali dan Alinah bercerai berai. Kebahgiaan Ali adalah adalah kebahgiaannya.

Pada suatu hari, Ali mendapat tahu yang Alinah adalah seorang isteri yang malas. Beliau bertanya kepada Alinah mengapa beliau jarang menolong Mak Mah menguruskan kerja-kerja di rumah dsbnya. Alinah menafikannya. Daripada hari itu, perkongsian hidup di antara Ali dan Alinah agak tegang. Maka Ali mengambil keputusan untuk menceraikan Alinah.

Ali mula memfailkan kes cerainya di mahkamah Syariah Singapura. Alinah menuntut hak penjagaan anak, mut’ah, nafkah iddah, dan sebahagian daripada harta sapencarian.

Setelah beberapa kali turun-naik mahkamah, kes Ali dan Alinah dibicarakan. Mahkamah memutuskan Ali membayar Alinah nafkah iddah, mut’ah dan memberikan hak penjagaan anak-anak mereka kepada Alinah. Selain daripada itu, mahkamah memerintahkan supaya rumah pangsa yang didaftarkan dibawah nama Pak Mat dan Ali dijual dan hasil peruntungan penjualan rumah itu di berikan kepada Alinah sebanyak 30%.

Pak Mat terperanjat dan tidak puas hati dengan keputusan mahkamah sebab Pak Mat terpaksa menjual rumah pangsanya. Menurutnya Ali tidak ada saham langsung didalam rumah pangsa itu kerana Ali tidak membuat apa-apa sumbangan. Maka dengan sebab itu, rumah pangsa itu bukanlah ‘harta sapencarian’ yang ‘dimiliki’ bersama oleh Ali dan Alinah.

Pak Mat jadi LELAKI TAK PUAS. Beliau bertanya adakah patut bagi mahkamah memerintahkan supaya rumah pangsa yang dibeli dengan titik peluhnya sendiri dijual?

Mampukah Pak Mat membeli sebuah rumah pangsa lain untuk menggantikan rumah yang didiaminya selama beberapa tahun itu dan sekarang ini diperintahkan supaya dijual oleh mahkamah?

Patutkah Alinah mendapat 30% daripada hasil penjualan rumah itu:
(1)sedangkan Ali atau Alinah tidak membuat apa-apa sumbangan;
(2) Ali atau Alinah tidak ada membuat sumbangan untuk memperbaiki rumah itu;
(3)Ali atau Alinah tidak membuat sumbangan untuk menaikkan harga pasaran rumah pangsa itu.

Alinah mendapat sebahagian daripada hasil penjualan rumah itu kerana “statusnya” pernah menjadi isteri Ali yang mana Ali adalah “pemilik” rumah pangsa itu.

Pak Mat bukanlah hanya seorang lelaki yang tak puas bahkan banyak lagi suami-suami atau LELAKI YANG TIDAK PUAS dengan perintah yang bersangkut paut dengan pembahagian harta sapencarian yang diperintahkan oleh mahkamah.